23 April 2014

Rambut Panjang vs Rambut Pendek

Hi korang,


Saya rasa semua dah tahu saya sekarang dah berambut pendek tapi takde lah pendek macam pengkid tuh. Potong rambut paras bahu, acah-acah comel gitu.

Tapi bila dah lama rambut pendek neh, rindu jugak rambut panjang sebenarnya. Tapi apakan daya, cuaca di Malaysia tak begitu merestui berambut panjang. Jadi saya kena redha lah camneh.

Tapi jangan risau saya akan tepek kan jugak rambut saya untuk penilaian anda semua. Rambut pendek ke rambut panjang sesuai? Kosser lah akak nak memikir! Korang fikirkan boleh? Tapi jangan nak suggest akak botak lagi better pulak, akak pang korang kang! *tetiba emo pulak.*




Masa neh rambut panjang siap berombak gitu. Nampak macam artis muda baru nak naik kan? Ekekekekekek. (jangan nak kutuk yer).

Jangan nak kutuk yer rambut akak rosak. akak saja je nak tunjuk rambut akak rosak padahal tak pun. korang focus subang hijau tuh dah lah yer.


Tadaaaaaa. dah potong! Nampak tak perbezaan akak tuh? Macam adik-adik umur 18tahun kan? Kekadang akak pun confused umur akak berapa sebenarnya. ekekekkeke. 
Tetap nak tunjuk subang hijau tuh. Kau hadooooo? Mata biar bulat baru orang percaya  akak masih muda.


Neh namanya saja nak tunjuk tahap kecomelan akak itu. (korang jangan nak muntah sangat lah. pang kang!)

So because of kepanasan Malaysia yang makin menghimpit so akak pun dah potong rambut BUT disebabkan akak sedang menuju ke peringkat lebih bahagia dalam relationship akak, akak terpaksa bela rambut panjang balik. Nanti tak memasal mak andam pakai kan wig untuk akak. takmo lah! Lepas kahwin, insyaAllah akak akan pakai tudung. niat tuh dah ada tapi asyik terbantut. doakan akak ya!





 With Love,

No comments: