12 April 2012

KL - Terengganu - Kelantan - KL

Hai korang yang dirindui. Jauh mata tapi dekat dihati,

Lama gila tak update blog neh, busy kata kau! Tapi takpe, harineh kak mimi rajin nak update sebab hari neh public holiday. Yeah!!! Tapi kiteww tak mau taip banyak-banyak sebab kitewww malas lewww. *cakap macam mulut kau herot pulak kan?*. Last week on Thursday, me and my family pergi holiday ke Terengganu sebab konon-konon nak jumpa adik aku yang pemain bola sepak TTeam tuh? Tapi yang pergi pun just me, my mom and my dad. Adik aku yang last tuh tak dapat pergi sebab dea ade training and ada game so bye-bye honey! Plan asal nak ajak KA sekali tapi KA pulak busy nak final exam so maknanya just 3 of us yang akan pergi holiday. *Anak tunggal gitueeeww*

Hotel pulak dah booking a week before. Duduk Hotel Seri Malaysia je sebab senang takde lah tengah bandar Kuala Terengganu sangat. And dekat pun nak pergi ke Pulau Duyung. Bandar Kuala Terengganu pulak dah mengamalkan sikap jalan sehala ala-ala Melaka so secara tak rasminya, family aku memang akan sesat! hahaha.


Kuala Terengganu, Terengganu


Lalu yang petronas tuh, aku lah drive, aku lah amik gambar. Co pilot? Tak boleh pakai


Tuh maknanyer, gas dah takde. Thats why tinggal asap je. Nak kena korek lagik dalam



Neh abah yang tangkap. Gambar tak bermotif ye


Dah sampai di Kuala Terengganu dah! Yeay!

View from my room, seberang tuh Pulau Duyung.


And around pukul 4:30ptg, weols pergi ke Stadium Gong Badak sebab nak surprise kan Mamat and nak tengok game Piala Presiden.

Stadium Gong Badak yang runtuh tuh. Stadium Sultan Mizan tak salah aku. Still tak betulkan lagik. Tapi angin dekat sini macam nak suruh aku buat drama hindustan pulak. Dikelilingi pemain bola gitu


me and my mom yang penat giler, sampai je Kuala Terengganu terus pergi jumpa adik aku and tengok game piala presiden, Terengganu vs MP Muar. eh, hai Pa. hehehe.


Malam tuh weols keluar with Mamat for dinner. Mamat bawak weols lepak dekat Kuala Terengganu Waterfront which is service dea cepat giler! The food was superb and kalau ada rezeki boleh pergi lepak situ lagik!

Chicken chop. Harga just RM10.00 sepinggan.


Asam Boi Iced Blended FTW. Harga RM3.50



The Next day - Game Day


Abah with iPad, best bilik ada wifi!


Dok Ganu makang asang sokmo! sedak! Hok beli Pasar Payang


Hok mane 1 nak pakai neh? Poyo sungguh natang neh. Sponsored by MNG, Levi's, Esprit.


Lepak tepi pantai Batu Buruk dulu

Naik kereta kuda with my mom. Seorang RM5.00



Ibu. Thanks ibu sebab temankan anak mu yang gila bahasa neh


Makan petang di tepi pantai batu buruk. They called these as Colek-colek


Let's start the game

On the way to stadium. Rambut dah macam hantu kak limah versi moden dah neh


T-Team tengah warmed up. Can u see Zairo in this picture?


My brother, Dzaiddin. Masa neh dea injured so kena duduk atas


Lupa nak cakap, actually masa weols datang tuh, T Team ade game vs PKNS Fc. So weols dapat lah tengok game tuh which is T Team kalah teruk dengan PKNS fc 4-1. Import baru si Marco tuh tak payah lah main, aku rasa dea tuh macam rajin tak bertempat, over shadow semua ada lah. Semua tempat kau nak kacau, player lain dah macam hilang arah. Bila orang nak hantar bola dekat kau, kau takde dekat tempat kau. Bila orang tak perlu kan kau dekat situ, kau sibuk nak kacau tempat orang. Pergi balik Brazil! estupido!

Malam tuh lepas habis game and menanggung kekalahan melampau, me and family pergi dinner with a few footballers macam Abg Pek (Fadli Shaari), Abg Boy (Shahril Faizal), Abg Bad (Badrul Hisani), Iqbal (Keeper tuh..) and ade a few yang aku tak berapa nak kenal. *sorry guys tak dapat ambil picture sebab Hantu Kak Limah dah lemah gemalai layu ditasik madu yer.* <--- Kenapa Zairo takde! LOL.


Kota Bharu, Kelantan

So, on the next day nya, weols gerak ke Kelantan. Our next destination is rumah Wan Adni Natasya and Wan Adni Najwa. Siapa tuh? Ok, dulu my mom jaga anak orang kira nyer macam babysitter dorang neh. Since dorang baby lagik, my mom jaga. Their parents tuh polis and nurse, so kerja secara shift hour lah but my mom tak jaga malam. Paling lambat pun until 10pm. And secara tak langsung nya, my mom dengan these 2 little girls neh memang rapat giler! And dah 2 tahun dorang neh pindah Kelantan sebab both of their parents orang Kelantan and they bought a house in Kelantan so they applied for tranfer to Kelantan. And agak lama weols tak jumpa dengan that 2 girls. Hari-hari call, slang pun dah slang Kelantan. Kelakar jugak dengar slang both of them.

So mak dorang offer weols tidur rumah yang dorang beli tuh. Quite besar jugak! Ada 2 halls actually. Kalau nak buat kenduri kahwin pun okay. eh?

Besar kan? neh dari depan.



meh kenal dengan Naufal si penyapu sampah. Dea panggil aku Ami, takde kakak-kakak de


sesi main tangkap-tangkap gambar dengan the Gediks


Wawa, Me and Tacha


Suka tengok Tacha neh, cantik betul mek kelate neh. Cita-cita nak jadi penyanyi. Every single songs dea hafal ok! Akak pun tak mampu uolss


Malam nya, weols pergi ke Wakaf Che Yeh, agak rugi lah kalau tak pergi kan? Memang best, aku beli kasut siam je. Flat shoe. Nice siap ade ribbon kat depan lagik. hehe.

Trip to East Coast memang best, nak-nak part aku potong 3 kereta. Abah potong 7 kereta sekali gus. Masa tuh dah mengucap dah awal-awal dengan ibu aku. Siap cakap, 'Siapa hidup lagik, tolong settlekan hutang mimi tau!' kahkahkah. Tapi biasa lah polis peronda yakni cekap and cermat, slumber je potong. Ceh!

Weols sampai KL around 6 camtuh, penat tapi best!

p/s: Can't wait for SUKMA!

With Love,

3 comments:

Cik Syafika said...

KA tade Eka Katsumie boleh ganti..hehehe..

Cik Syafika said...
This comment has been removed by the author.
Amelia Zainudin said...

amboi? nak jugak tuh?