24 March 2012

Kawan gelak dan nangis

Salam dan selamat sejahtera kengkawan! *hi uolssssss!!!* <---- greet pondan.

Nak tanya neh, korang pernah tak ada kawan yang korang kenal since kecil and korang still berkawan sampai sekarang? Sure ada kan? Tapi, korang ada tak kawan yang sampai sekarang pun still berkongsi masalah tak kira masalah ape pun? Even cerita pasal personal pun korang boleh berkongsi cerita. Selalunya orang berkawan since kecil sebab masa tuh korang nak berkawan dan nak cari kawan bermain and bila dah besar neh, agak malu sikit nak kongsi rahsia or masalah-masalah peribadi. Tapi Aku ADA kawan yang boleh cerita macam-macam since weols kecik sampai dah besar umur 26tahun neh!!


So, neh aku nak cerita pasal kawan aku yang neh. Nama dea Nur Qhairunnisa Razali, umur dea sama baya dengan aku. And yang disebelah dea tuh, husband dea AKA Arib. Aku kenal nisa neh since aku kecil lagik which is her dad and my dad dulu boleh digelarkan as BFF. *our dad ber BFF since dorang single lagi ok!*. Then bila my dad kahwin with my mom and lepas tuh my mom mengandungkan 'mak' neh haa, her parents pun kahwin and nak lagi best my dad jadi pengapit her dad. *korang faham tak? kalau tak faham tak nak kawan korang!*. So, aku lahir dalam bulan May and Nisa pulak lahir dalam bulan November so secara tak langsung dea panggil aku Kak Mimi and aku pulak panggil dea Kak Long sebab dea the eldest dalam adik beradik dea. Weird but true!

And kebetulan her mom dulu kerja and my mom pulak tak kerja and secara tak langsungnya my mom jaga dorang adik beradik. Disebabkan my mom jaga dorang adik beradik, so weols agak berlumba-lumba nak dapat result terbaik. Pernah sekali, our moms cakap if weols exam dapat no 10 kebawah, dorang akan belikan weols RollerBlade and jam Swatch. Masa tuh jam swatch mahal and rollerblade tengah 'in' and tak semua orang mampu beli sangat *wah, tetiba ko berlagak kan?*. And weols including Nisa's brother Ami yang semangat nak dapat semua tuh, belajar macam nak rak lah! My mom pulak tetiba jadi cikgu Bahasa Inggeris and Matematik, garang pulak tuh! Tak dapat or salah, bulu ayam menanti okay! Last sekali, Nisa dapat no 5, Ami dapat no 4 and aku dapat no 7 *yer aku dapat no 7 je tapi before this aku selalu dapat 10 keatas je kira boleh lah bangga jugak!*. Semua muka bangga and macam nak rak jatuh main rollerblade and berlagak pakai jam mahal. *siap cakap dekat member-member, 'Ko Hadooo??*. Kahkahkah

But now, semua dah besar and Nisa pun dah kahwin with her soulmate, Arib. Agak sedih jugak sebab tak dapat attend on her solemnization sebab masa tuh aku ada penyakit kulit aka darah kotor so muka and badan aku kena bengkak-bengkak gatal terus tak dapat pergi but aku pergi masa dea make-up before dea pergi bernikah tuh. Sempat jugak jumpa dea dekat rumah dea. hehehe


Sweet kan dorang neh?


Kenapa aku cakap dea kawan gelak and nangis? Sebab eventho aku dengan dea memang terror bab-bab kutuk mengutuk, gossip girl, and perbuatan keji yang sewaktu dengannya tapi Nisa neh boleh simpan rahsia kawan. Tak kisah lah nak cerita pasal rahsia ape but trust me, your secret is totally safe with her. Aku rasa aku boleh count on her without any doubt! And weols tak malu pun nak share story together. Cerita pasal *Delima Wanita* pun weols share together okay! <---Tetiba ayat novel keluar, ape kes?

weols fanatic fans KRU zaman KRU muda yer, bila KRU dah tua terus minat Justin Beiber. Eh?


Lately, aku dah lama tak jumpa Nisa sebab Nisa pun dah pindah ke Bukit Jalil and her parents pun dah transfer to Tawau, Sabah. And aku pulak agak busy dengan Career Fair. So nak tak nak, weols just communicate via Facebook and Twitter je but nak bagitahu korang neh, Nisa neh my loyal reader okay!! hehehehe. Thanks Babe!

and this entry memang special for her. ngeh!

Hi Nisa, thanks for being my wonderful friend for all these years. Wish u a happiness in your life no matter what happen. And tak lupa jugak i doakan u sihat selalu. Love ya! Muahxxx



With Love,

1 comment:

Qhairunnisa said...

hey babe..i nanges baca ni..boleh???gosh missing u damn much la..
* tsskkkkk*
special entry utk i..damn i sayang u more than KA sayang u..boleh???
Hello KA *sambil melambai2 ala2 ratu cantik dunia*
if u buat my kak mimi nanges siap u i keje kan *buat muke serius kerut dahi sikit*