14 February 2012

Hantu buat kerja dalam HR.

Korang! *bunyi macam cemas sikit*


Korang pernah tak jumpa benda-benda halus neh? Bukan halus tuh macam jarum, benang or whatsoever yang halus yer? Tuh nama sainstifik yang dicipta by orang melayu hokay! Makhluk halus lah contoh macam hantu, lembaga, jembalang dll tuh?

Aku pernah lah jumpa beberapa kali tapi dea tak tunjuk muka depan aku lah. Macam contoh konon-konon hand to hand, waist to waist, chest to chest and now we're face to face . *apsal kau tak sebut 1 badan je?*

So sebenarnya aku nak cerita pasal kat office aku yang panas lagik bersauna tuh *aircond rosak skang so weols agak berpeluh bersauna disitu*. Semalam, one of my colleague balik kerja lambat around 9pm camtuh *biasalah orang kerja bank camneh ler, workaholic hokay*, and then tengah-tengah dea buat keja dengan tekun, tetiba dea dengar macam orang selak paper. Dea ingatkan ade orang lagik, then tetiba dea dengar lagik orang selak paper then dea check surrounding and baru dea sedar dea the last person in our office. Terus adios cabut lari. Kahkahkahkah *aku pulak yang gelak macam hantu..*

Pengalaman aku pulak takde lah macam mistik sangat sebab masa tuh aku keja dekat Bangi, and then ade a few things to do so aku kena stayback and around 8:00pm something aku pun balik. And on the way back ke kereta tuh macam 10 meter ke depan tuh ade pokok tinggi and aku perasan pokok tuh bergoyang-goyang macam kena angin ribut tau tapi takde pulak angin time tuh and aku dengar tapi aku buat bodoh je. Lampu jalan kat area parking tuh takde terang sangat macam malap-malap romantik gitu. Then on the second time aku dengar lagik, terus aku angkat kepala pandang arah pokok tuh. MASYAALLAH!! kain kau taknak panjang ke tanah pulak kan? Berapa meter kau beli neh? memang suka kain meleret-leret ke camne?. Aku pun terus start enjin and gerak laju-laju sampai pokok Sena!

Tuh pengalaman aku, pernah gak kena hempap dengan Makhluk Tuhan Paling Sexy. ehehehehe. Hempap dengan lembaga hitam kot? Aku tak sure sangat sebab masa tuh kecik and cute lagik. Tapi memang berat and tak boleh bernafas sampai satu tahap aku menangis. Selalunya orang cakap lembaga neh besar and berbulu kan? Yang neh aku tak rasa bulu or maybe dea shave pakai Veet? And bila aku dapat je lepas, aku terus lari sambil nangis-nangis ke bilik mak aku. Malu lah sebab tak macho kena kacau dek hantu then nangis.

Tapi kalau nak ikutkan memang level office weols tuh keras sikit sebab before weols pindah ke level tuh. Level tuh dah ditinggalkan and kosong for almost 1 year. So tak terkejut pun kalau benda tuh ada. Tapi nak buat macam mana? Benda tuh pun makhluk Allah swt, asalkan kita tak kacau dea dah lah, jangan sibuk nak menurun or ngangkung mintak no ekor pulak. Syirik and khurafat ye. Biar dea dengan dunia dea, Kita dengan dunia kita.

Tuh je nak cerita, tapi kalau korang nak baca pasal kisah-kisah hantu, korang boleh tengok dekat blog neh Cerita Hantu

Jangan tak boleh tidur pulak!

2 comments:

Yana Libra said...

pernah nampak?? seram je dengar~~

Amelia Zainudin said...

which one?

klu dengar pun buat bodoh je.