18 February 2012

Break Up? Apa ada hal!

Hi my girlfriends!


Herm, korang pernah tak going through this situation? Sure pernah kan? For those yang pernah couple or berskandal-skandal *eventhough scandal pun but still korang ada feeling kat that guy right?*. But kalau yang still solo tuh its okay sebab korang still can learn for your own future kan? So kalau kena dumped nanti takdelah korang sedih sampai mata bengkak-bengkak, kuku hitam legam tak terurus bagai tuh kan? So here's the things...

Anyway, aku pun dulu takde lah perfect or tough sangat bila kes-kes break up neh, eh honestly aku pun nangis sambil nyanyi lagu Marsha, 'Untuk Terakhir Kali' hokay!! *how stupid i was that time*. But masa tuh break dengan my first love, haruslah nangis! Kalau tak nangis, sure jiwa aku tandus! kahkahkah.

Tapi ada jugak girls yang cari solution yang salah macam suicide, kelar tangan, toreh muka *neh aku disagree sebab korang toreh muka kang, tak pasal-pasal menyesal seumur hidup. Nanti lelaki mana yang nak korang? Kalau ada pun, mulalah sesi poligami berlaku. Menyesal kan?*, gelak nangis gelak nangis *gila lettew*, update facebook cerita sedih-sedih *but yeah, i did that before.kahkahkah*. Jangan bahan aku. marah kang! Tapi nak bunuh diri tak dapat lah, aku banyak hutang kang tak diterima dek tanah kubur kang!


So how we want to get rid of these silly things? Based on my own experienced;

No matter what the situation is, first thing first korang kena buang apa je barang-barang yang jadi kenangan korang *tak kisah lah buang sambil nangis-nangis pun takpe*. Tapi kalau korang jenis yang tabah or jenis lupa diri, simpan je barang-barang tuh. Ingat senang ke nak dapat pakai duit orang lain? kahkahkah.

Second things, jangan dengar lagu-lagu sedih. HELL NO! sebab benda-benda macam neh lah buatkan korang still ingat kenangan manis bersama. Saat makan Cornetto Kit Kat waktu hujan di bawah pokok Jati. Macam contoh lagu-lagu dekat bawah neh;


Cintamu by Dygta featuring Ira

or maybe this song?



Blind by Lifehouse *ala, lagu macam neh untuk mamat-mamat yang konon macho taknak dengar lagu meleleh tapi dalam hati ada taman permainan*.

Jangan dengar lagu-lagu macam neh, nati korang sedih okay! So better kita dengar lagu-lagu camneh;


Someone Like You by Adele. *Boleh motivate yourself jugak eventhough the melody quite slow*

Or else you guys boleh tengok cerita Gol & Gincu? Memang suka gila cerita tuh, never missed hokay! Or maybe korang boleh layan cerita Gossip Girl which is aku layan cerita tuh from Season 1 until Season 4 *but how come Asrul dah tengok Season 5? Damn it!*. Cerita One Tree Hill pun ok gak!

Gol & Gincu. *Fazura neh cantik sangat sebab dea pure Melayu. Takde nye nak pan asian bagai*

Okay, benda lain yang korang boleh buat is try to make over yourself. Yelah, kalau dah single tuh takkan nak meratap menghiba je kan? Harus lah korang nak cantikkan diri korang tuh. Tak payah nak ye benar. Be simple but in a classy way or maybe korang boleh jadi better than before which is during korang dengan EX korang tuh. contoh, dari nakal-nakal manja jadi independent woman. Maybe korang boleh jadi lagi stylo? *Terus nak buat online shooping kan?*. Don't worry aku ada website for those yang nak bershopping through internet.

a) Doodleshopping.blogspot.com
b) pinkcrate.blogspot.com *For those yang nak beli kasut heels yang gorgeous and sexy.*
c) Defleamarketboutique.com *For those who want to buy a cute accessories.*
d) ilovepastelina.com *Yang neh more untuk yang berhijab, baju dea memang cantik-cantik belaka! Most recommended!*

Sure lepas neh, ex boyfriend korang yang jahat tuh sibok nak dekat korang balik. *Tak malu lettew!*

Victoria Beckham. Fashion icon. But please don't be too skinny! *Mata lelaki sedap memandang, tapi peluk tak puas.*

Love Nicole Richie's style.


Sexayyyyyy pumps from Kiss & Tell


Meet Shea Rasol, aku suka tengok cara dea berfashion eventhough she's wearing tudung. You guys boleh tengok blog dea kat sini Shea Rasol's blog *picture was taken from her blog*

So kalau dah macam neh, tak payah tunggu ex korang tuh. Hentak kaki, 10orang sampai okay! Tak percaya? try buat. Sure orang cakap 'ko bekas peserta Sumo ke?'

What else?

Korang pun boleh start lepak with your great great buddies yang dah lama tak lepak sama because of terlampau melekat berdua dengan ex korang. Try to do something new macam make a new friends, bershopping di Bandung, tengok bola eventhough korang tak faham ape pun *mane tahu dapat boyfriend baru si pemain bola? korang jugak yang popular kan?*. Tapi aku rasa yang paling best lepak dengan besties and melancong dengan dorang. Sure lupa all those memories.

But the most important things to do is bersolat, dekatkan diri dengan Allah SWT sebab dengan bersolat hati boleh jadi tenang setenang tenangnya. *no doubt*

And tak lupa juga, take a good care of your health sebab kadang-kadang girls kalau kena macam neh je sure tak lalu nak makan lah, tengok nasi nampak muka si dea lah, air oren manis rasa tawar lah. Macam-macam lah! *aku relax je makan, takdehal and thats why badan aku mantap. Korang hadoo?*.

So far tuh je aku rasa, korang jangan sedih-sedih okay! Kalau sedih jugak, jangan terjun KB Mall, try cari lagi tinggi. *Penat cakap dengan orang-orang degil neh* <---- Kak Long dah marah.

Till then,

Goodnite uols!

No comments: