29 February 2012

Wordless Wednesday

29 February 2012. Wallaweh. Once in a 4 years! Happy Birthday for those who celebrate their birthday today. Party hard people!!

With Love,

27 February 2012

Video of the Week : You Got Me (The Roots Cover) by Altimet



You Got me

If you were worried 'bout where
I been or who I saw or
what club I went to with my homies
baby don't worry you know that you got me

[Black Thought]
Somebody told me that this planet was small
we use to live in the same building on the same floor
and never met before
until I'm overseas on tour
and peep this ethiopian queen from philly
taking classes abroad
she studying film and photo flash focus record
said she workin on a flick and
could my click do the score
she said she loved my show in paris
at Elysee Montmartre
and that I stepped off the stage
and took a piece of her heart
we knew from the start that
things fall apart, intentions shatter
she like that shit don't matter
when I get home get at her
through letter, phone, whatever
let's link, let's get together
shit you think not, think the Thought went home and forgot
time passed, we back in philly now she up in my spa
tellin me the things I'm tellin her is makin her hot
startin buildin with her constantly round the clock
now she in my world like hip-hop
and keep tellin me

[Chorus]

[Black Thought]
Yo, I'm the type that's always catchin a flight
and sometimes I gotta be out at the height of the night
and that's when she flip and get on some 'ol

[Eve]
Another lonely night
seems like I'm on the side you only loving your mic
I know you gotta get that paper daddy keep that shit tight
but yo I need some sort of love in my life, you dig me
while politicin with my sister from new york city
she said she know this ball player and he think I'm pretty
Psych, I'm playin boo, you know it's just wit you I'm stayin boo
and when cats be poppin game I don't hear what they sayin boo
when you out there in the world, I'm still your girl
with all my classes I don't have the time for life's thrills
so when you sweatin on stage think of me when you rhyme
and don't be listenin to your homies they be leavin you blind

[Black] Yeah, so what you sayin I can trust you?
[Eve] Is you crazy, you my king for real
[Both] But sometimes relationships get ill
[Eve] No doubt

[Chorus]

[Black Thought]
Thet snake could be that chick
and that rat could be that cool cat
that's whispering "she tryin to play you for the fool Black"
if something's on your chest then let it be known
see I'm not your every five minutes all on the phone
and on the topic of trust, it's just a matter of fact
that people bite back and fracture what's intact
and they'll forever be I ain't on some "oh I'm a celebrity"
I deal with the real so if it's artificial let it be
I've seen people caught in love like whirlwinds
listening to they squads and listening to girlfriends
that's exactly the point where they whole world ends
lies come in, that's where that drama begins, she like...


Hope you guys enjoy! Love ya! Muahxxxx


With Love,

Rambut Baru, Wallah!!

Hello boys handsome sekalian alam, *girls takyah ler*

Takyah cerita banyak larh yeh? Kita tengok perbezaan gambar today.


as you guys can see, rambut aku macam ada 2 ton color disitu macam bendera lanun pun ade kan? Aku lah duta lanun tuh. hahahaha. *tak pun macam Hantu Kak Limah nak datang KL, rambut nak bagi moden gitu*

So aku decided nak buat rambut once dapat gaji this month, so aku dah buat dah dekat salun Hair Team, Galaxy Ampang. Harga semua RM180 ko!! bangang punya kedai, menipu je. Tapi nasib baik aku rasa color dea cantek, kalau tak! dah lama aku botakkan then pakai tudung ler kita. hehehee.

Meh tengok picture lepas rambut dah buat;

oh neh dah dekat rumah, lepas muka penyesalan buat dekat kedai tuh. Tipah tertipu Tipah tertipu.


Neh muka mintak penampar or mintak cukur rambut, BUT WAIT!!! eh, nampak cantek larh rambut? *masa neh tengah berWEBCAM with en KA untuk dapatkan puji-pujian from him. last sekali dea tak nak cakap dengan aku because of rambut aku makin terang color nye. ini sangat DAMN!*

Akhir kata, cantik kan lah diri anda selagi anda rasa boleh cantik, kang dah kedut orang cakap buang tebiat nak cantik-cantik macam orang muda. kahkahkah.


With Love,

Beremosi Dengan Tanah

Happy monday uols,

Semalam aku and parents aku balik my 2nd house which is dekat Bandar Tasik Puteri, Rawang. So kami anak beranak pun beremosi dengan tanah *bercucuk tanam ler*. Kan best kalau adik-adik lelaki aku ade, tak payah aku yang rambut tengah cantik neh buat keja. hahahaha. Layan piccies mari!


neh view from depan rumah aku. Ade kereta, ada lampu, ada rumput, ada pintu. PERFECT!


yang neh pulak view dari belakang rumah, masa neh kat tempat beremosi dengan tanah tuh lah.


Aku yang baru start nak berkebun, actually aku tak suka pegang tanah neh sebab fikir kalau aku pegang tanah then pegang muka, alamatnya jerawat naik dekat muka.


Nak tengok pokok ape yang weols tanam?

ada tebu and daun pandan *tapi apehal ntah daun pandan tuh halus benar? tak naik gemuk-gemuk pulak. Neh buat air sirap pun tak lepas hokay!*

yang neh pulak pokok limau bali, ketot je pokok nya, buah pun takde *rasa macam nak paksa keluarkan buah je, baja dah bagi hari-hari hokay!*

Neh daun limau purut, tak kenal? alaa..yang kalau korang nak buat rendang or paprik mesti kena ada daun neh, kalau takde siapa yang nak makan korang masak? *pandai aku kan? Dah boleh kawen neh...hehehe*

Pokok halia, korang nampak tak halia tuh dah nak terkeluar? pelik lah halia tuh! Duduk diam-diam dalam tanah boleh tak?

Mak aku yang konon-konon kuat nak gunting rumput kat depan pastu terus mengadu sakit lutut *bekas pesakit terkena ACL lettew?*. Korang nampak tak pokok kemetot kat depan tuh? Nak tengok pokok ape?

Pokok neh lah!!! tak tahu pokok ape? tapi panggil pokok krismas je. Pokok neh memang takat tuh je tinggi nya dari dulu. Terbantut sungguh tumbesarannya!


So tuh je yang weols buat kalau kat Rawang, tapi ye lah, rumah sendiri so weols happy nak buat ape-ape pun. Kalau boleh nak cari meja and kerusi untuk letak kat belakang, boleh buat lepak-lepak sambil minum petang. Tak gitu,


Have a nice Monday y'alls!

With Love,

24 February 2012

Kamera Tahan Lasak Tahan Air

Hello kesayangans semua!

Ok korang, kalau korang still ingat entry before this ade aku cerita pasal Jam Tangan tahan lasak kan? Tak hingat? *Korang memang nan hadoooo!*. Please clink this ----> Here :). Ok, ingat lagik?



So, this time aku nak kenalkan korang dengan Kamera Tahan Lasak, Tahan Air! Kau mampu? Atau nama sainstifiknya Gopro HD Hero2 Motorsport edition. member aku jual dalam RM1,100.00 tapi kalau korang jenis orang kaya, korang boleh beli dengan harga RM1400.00++. Kalau nak ikutkan harga dea dalam USD299.99 then for those yang terror mathematic tuh please convert sendiri sebab aku kurang nak berkira *padahal bodoh math aku neh*


Aku tengok pictures yang kamera neh tangkap pun cantik-cantik belaka,






so, neh aku nak bagi list untuk fungsi-fungsi kamera neh, aku rasa macam bagus pun ada kan? Sebab contoh kalau kau panjat gunung or wall climbing then tetiba kau nampak view cantik sangat, nak tangkap gambar guna handphone? ipad? digital camera korang? memang orang bawah sibuk menyambut handphone korang jatuh lah, then pecah berderai korang pun budget nak bunuh diri. *Bangang tahu!*. Tapi korang jangan lah kalau main bola korang nak bawak kamera neh sekali. FAM tak bagi ler, nanti kena gantung 9games camner? Biar Astro Arena je tangkap yer? Sayang pemain bola. Eh?

So, korang tengok dekat bawah neh;


Camera Optics
2X Sharper Professional Glass Lens
f/2.8 Fixed Focus
170º Wide FOV (Including 1080p)
127º Medium FOV (In 1080p)
90º Narrow FOV
Video

HD RESOLUTIONS:
1080p: 1920×1080, 30FPS
960p: 1280×960, 48FPS + 30FPS
720p: 1280×720, 60FPS + 30FPS
STANDARD DEFINITION RESOLUTIONS
WVGA: 848×480, 120FPS + 60FPS
High Performance,1 /2.3” CMOS Image Sensor
Light Sensitivity: .84 V/lux-sec
Video Format: H.264 codec, .mp4 File Format
Exposure Control: Spot, Center Weighted
White Balance: Auto
Photo

RESOLUTIONS: 11MP, 8MP, 5 MP
FOV: Wide 170º FOV, Medium 127º FOV
CAPTURE MODES: Single, 10 Photo Burst, Time-Lapse*, Self-Timer
* Now supports time-lapse photo every 0.5 seconds. Requires Class 10 speed SD Card.
Audio

Mono, 48 kHz, AAC Compression, Auto Gain Control
Stereo External Microphone Input (3.5mm)
Storage


MEMORY:
SDHC: Up to 32GB (Class 4 or Higher)
AVERAGE RECORDING TIME WITH 32GB SD CARD:
1080p30: 4 hours
960p30: 6 hours
720p60: 4 hours
720p30: 6 hours
WVGA 120: 4.5 hours
Included Cables


USB Cable For Charging and Data Transfer
Battery & Charging

1100mah Rechargeable Lithium-Ion
Charge via USB
Operating System

Microsoft Windows® Vista, 7 and Later
Mac OS® x 10.5 and Later
Compatible with all GoPro BacPacs

Wi-Fi BacPac™ and Wi-Fi Remote™ (Coming Soon)
LCD BacPac™
Battery BacPac™
3D HERO® System


Korang suka ke? Aku suka. Kalau korang suka, meh call aku or korang boleh call owner yang jual tuh sendiri. Orang cakap kalau dah suka, sapa yang kisah harga? Ngeh.

With Love,

23 February 2012

Minah Arab wannabe.

Hai si lapar sekalian,


Title tuh propa je, aku bukan minah arab hokay! minah melayu kacuk russia makan sambal belacan siam lebih. *Russia tuh tipu!*

Korang pernah tak rasa shawarma kebab neh? Aku makan kebab neh kat foodcourt ala-ala foodcourt KLCC kat office aku neh. *aku panggil foodcourt aku as Foodcourt KLCC wannabe. Eh?*. Macam kebab pasar malam? Hey, tolong sikit yer, neh kebab corporate hokay! *budget hebat*

Harga untuk 1 set neh lebih kurang RM8.90 termasuk soft drink. Macam yang korang nampak, Ada roti pita dipotong bentuk kon *taknak cakap bentuk segitiga cause tak nampak glam*. Ada fries with chili sauce on top of it. Ada chicken kebab yang di masak with cabbage yang dipotong halus and white sauce *tak tau what the hell I should called that white sauce. Bukan mayonise!* and the last one is salad with gravy yang sedap giler!

Nak rasa? Korang boleh lah datang ke foodcourt KLCC wannabe at RHB centre jalan tun razak. Tapi aku rasa better korang pergi rasa dekat restoran Arab yang lain cause aku rasa lagi sedap kot? Contoh macam dekat Al-Andalus depan RHB ke? *most recommended by me and Khairul - shisha pun best kata khairul and tak crowded sangat kalau nak compare dengan Castle, Kg Baru*. Marakesh pun best jugak!

So kalau korang nak lepak, ajak je weols! Weols boleh saje lepak tapi Mata aku limit sampai pukul 2pagi je lah! Pukul 2:05pagi terus mata aku terkatup rapat. Ok tipu.

So korang, ape lagik! Try makan ler.

With Love,

A Good Listener

Hai semua orang!

Lama tak update kan? *rasa habuk, Mak oii! Hitam nya?*. Ok tak nak cakap panjang-panjang sebab penat. Hihihi.

Aku rasa semua sure ada someone yang rapat ngan korang *tak kisah lah your boyfriend or your bff or even your own family* , yang boleh korang luahkan masalah or benda-benda sedih, benda yang membengangkan and paling penting is benda-benda peribadi which is korang memang percaya kat orang tuh and korang pun rasa tak malu nak bercerita. So do I!

But in my case, orang tuh dengar tapi dea tak focus! Orang tuh busy with other things. Busy main game. Busy buat benda lain lah senang cerita. Aku tak kisah but aku rasa aku takde tempat nak bercerita. But bila tengah sibuk bercerita, tetiba orang tuh sentap dengan cerita aku. And benda tuh dari benda nak mengadu masalah tetiba jadi 1 big issues pulak.

Bila dah macam neh, normally aku cari orang lain yang boleh bagi aku cheer up balik! Then, bila orang tuh dapat tahu aku cari someone else just untuk ber chit chat, terus explode macam esok dah kiamat.

Tapi tuh lah cakap orang, kawan gelak 'kahkahkah' ramai but kawan nak menangis together memang kena main Hide & Seek lah jawabnya. Tapi kan, kawan yang jenis dengar memang tengok dea focus dengar tapi tetibe dea dok menyampai dekat orang lain pun ada, terus orang-orang yang tahu tuh pandang kita semacam or pandang kita konon-konon nak buat muka simpati. Oh please!

Tapi aku lebih percaya dekat kawan yang jenis kecoh sebab eventhough dea kecoh tapi bila kes-kes peribadi kita dorang memang takde nak bercerita dekat orang. So far aku ada lah kawan-kawan yang aku boleh bercerita, tak segan and tak malu. Slumber aku je nak cakap ape pun. kihkihkih.

Dah taknak cakap banyak! Pening kepala otak aku.

With Love,

19 February 2012

Song of the Week - Live Your Life by Yuna




Live Your Life – Yuna ft. Dizzee Rascal

Chorus:
Find your lie, don’t hide from what you are
And rise before you fall,
And hope for something more
Live if you really want to
Live if you really want to
Live if you really want to

All my life, I’ve been looking for something amazing
It’s almost like I’ve been star gazing
The sky is riding above me
Oh, oh, oh
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself
Cause you don’t have to lose

Chorus:
Find your life, don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more!
Live if we really want to
Live if we really want to

All my life, my dreams just seemed so far away
And now it’s like they’re here to stay
I hold it close to me
Oh, oh, oh
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself
Cause you don’t have to lose

Chorus: (x2)
Find your life, don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more!
Live if we really want to
Live if we really want to
Live if we really want to
Live if we really want to


With Love,

18 February 2012

Break Up? Apa ada hal!

Hi my girlfriends!


Herm, korang pernah tak going through this situation? Sure pernah kan? For those yang pernah couple or berskandal-skandal *eventhough scandal pun but still korang ada feeling kat that guy right?*. But kalau yang still solo tuh its okay sebab korang still can learn for your own future kan? So kalau kena dumped nanti takdelah korang sedih sampai mata bengkak-bengkak, kuku hitam legam tak terurus bagai tuh kan? So here's the things...

Anyway, aku pun dulu takde lah perfect or tough sangat bila kes-kes break up neh, eh honestly aku pun nangis sambil nyanyi lagu Marsha, 'Untuk Terakhir Kali' hokay!! *how stupid i was that time*. But masa tuh break dengan my first love, haruslah nangis! Kalau tak nangis, sure jiwa aku tandus! kahkahkah.

Tapi ada jugak girls yang cari solution yang salah macam suicide, kelar tangan, toreh muka *neh aku disagree sebab korang toreh muka kang, tak pasal-pasal menyesal seumur hidup. Nanti lelaki mana yang nak korang? Kalau ada pun, mulalah sesi poligami berlaku. Menyesal kan?*, gelak nangis gelak nangis *gila lettew*, update facebook cerita sedih-sedih *but yeah, i did that before.kahkahkah*. Jangan bahan aku. marah kang! Tapi nak bunuh diri tak dapat lah, aku banyak hutang kang tak diterima dek tanah kubur kang!


So how we want to get rid of these silly things? Based on my own experienced;

No matter what the situation is, first thing first korang kena buang apa je barang-barang yang jadi kenangan korang *tak kisah lah buang sambil nangis-nangis pun takpe*. Tapi kalau korang jenis yang tabah or jenis lupa diri, simpan je barang-barang tuh. Ingat senang ke nak dapat pakai duit orang lain? kahkahkah.

Second things, jangan dengar lagu-lagu sedih. HELL NO! sebab benda-benda macam neh lah buatkan korang still ingat kenangan manis bersama. Saat makan Cornetto Kit Kat waktu hujan di bawah pokok Jati. Macam contoh lagu-lagu dekat bawah neh;


Cintamu by Dygta featuring Ira

or maybe this song?



Blind by Lifehouse *ala, lagu macam neh untuk mamat-mamat yang konon macho taknak dengar lagu meleleh tapi dalam hati ada taman permainan*.

Jangan dengar lagu-lagu macam neh, nati korang sedih okay! So better kita dengar lagu-lagu camneh;


Someone Like You by Adele. *Boleh motivate yourself jugak eventhough the melody quite slow*

Or else you guys boleh tengok cerita Gol & Gincu? Memang suka gila cerita tuh, never missed hokay! Or maybe korang boleh layan cerita Gossip Girl which is aku layan cerita tuh from Season 1 until Season 4 *but how come Asrul dah tengok Season 5? Damn it!*. Cerita One Tree Hill pun ok gak!

Gol & Gincu. *Fazura neh cantik sangat sebab dea pure Melayu. Takde nye nak pan asian bagai*

Okay, benda lain yang korang boleh buat is try to make over yourself. Yelah, kalau dah single tuh takkan nak meratap menghiba je kan? Harus lah korang nak cantikkan diri korang tuh. Tak payah nak ye benar. Be simple but in a classy way or maybe korang boleh jadi better than before which is during korang dengan EX korang tuh. contoh, dari nakal-nakal manja jadi independent woman. Maybe korang boleh jadi lagi stylo? *Terus nak buat online shooping kan?*. Don't worry aku ada website for those yang nak bershopping through internet.

a) Doodleshopping.blogspot.com
b) pinkcrate.blogspot.com *For those yang nak beli kasut heels yang gorgeous and sexy.*
c) Defleamarketboutique.com *For those who want to buy a cute accessories.*
d) ilovepastelina.com *Yang neh more untuk yang berhijab, baju dea memang cantik-cantik belaka! Most recommended!*

Sure lepas neh, ex boyfriend korang yang jahat tuh sibok nak dekat korang balik. *Tak malu lettew!*

Victoria Beckham. Fashion icon. But please don't be too skinny! *Mata lelaki sedap memandang, tapi peluk tak puas.*

Love Nicole Richie's style.


Sexayyyyyy pumps from Kiss & Tell


Meet Shea Rasol, aku suka tengok cara dea berfashion eventhough she's wearing tudung. You guys boleh tengok blog dea kat sini Shea Rasol's blog *picture was taken from her blog*

So kalau dah macam neh, tak payah tunggu ex korang tuh. Hentak kaki, 10orang sampai okay! Tak percaya? try buat. Sure orang cakap 'ko bekas peserta Sumo ke?'

What else?

Korang pun boleh start lepak with your great great buddies yang dah lama tak lepak sama because of terlampau melekat berdua dengan ex korang. Try to do something new macam make a new friends, bershopping di Bandung, tengok bola eventhough korang tak faham ape pun *mane tahu dapat boyfriend baru si pemain bola? korang jugak yang popular kan?*. Tapi aku rasa yang paling best lepak dengan besties and melancong dengan dorang. Sure lupa all those memories.

But the most important things to do is bersolat, dekatkan diri dengan Allah SWT sebab dengan bersolat hati boleh jadi tenang setenang tenangnya. *no doubt*

And tak lupa juga, take a good care of your health sebab kadang-kadang girls kalau kena macam neh je sure tak lalu nak makan lah, tengok nasi nampak muka si dea lah, air oren manis rasa tawar lah. Macam-macam lah! *aku relax je makan, takdehal and thats why badan aku mantap. Korang hadoo?*.

So far tuh je aku rasa, korang jangan sedih-sedih okay! Kalau sedih jugak, jangan terjun KB Mall, try cari lagi tinggi. *Penat cakap dengan orang-orang degil neh* <---- Kak Long dah marah.

Till then,

Goodnite uols!

17 February 2012

Perfect Friday Part II


Hai semua orang, *wave kekenyangan*



Macam entry aku before this, yang dok cakap 'to be continued' tuh? So neh aku nak tunjuk orang bonus belanja lunch pulak.

So me, Asrul, Johana, and Kak Maisarah pun gerak pergi ke Nasi Ayam Hainan Chee Meng area Bukit Bintang. Memang sedap sangat especially Kerabu Mangga and Sotong Sambal/ Sambal Sotong *but sorry guys sebab aku tak sempat snap picture Sambal Sotong*. Tuh namanya lapar tahap Dewa, tak perasan mak mertua si tauke kedai neh lalu.

Jom tengok gambar Kerabu Mangga,


Tuh kerabu mangga, sedap! Tak banyak cuka sangat, more to rasa masam-masam mangga tuh. Ada kacang, ada cili api, ada mangga *haruslah ade mimi, ape kejadah kau neh!*.


Yang freehair lagi single tuh nama dea Johana Chen. Sape nak kenal sila tinggalkan BBpin. *Tapi bukan dea tukang belanja, dea macam aku gak. Tadah perut, bukak mulut. Errkkkkkkk..Alhamdulillah*. And yang sebelah tuh yang putih manis tuh haruslah si masyuk, Kak Maisarah! Lagik seorang yang tukang belanja tuh tak masyuk dah sebab dah melabur beli si Siri (iPhone 4s) kata ko! *So tak payah letak gambar dea, kahkahkah. Jahat aku neh*. Actually tak sempat, sorry Asrul.

Tapi balik-balik kan, Asrul belanja lagik!! Tapi kali neh dessert pulak! Wallahhh, what a great Friday?! Alhamdulillah. Asrul belikan Cornetto! Jyeahhh..


Strawberry ice cream! *effect tuh semua aku yang buat ok, saja nak bagi effect konon-konon bunyik wallahh! Tapi korang perasan tak bahasa siam kat bahagian atas tuh? kahkahkahkah*

Just want to say Thanks a zillion to Liyana, Kak Maisarah, and Asrul for the lunch treat, for the cute cupcakes and not to forget for the yummehh Cornetto! Terbaik wok! Love u guys a lots!

Till then,

Have a nice weekend!

Perfect Friday

Hello uols,


Sempena dengan bonus yang orang-orang RHB dapat semalam, so aku and the rest yang tak dapat bonus this month but dah dapat bonus last December *dapat gak kan ceritanyer?* neh pun menikmati ape je orang-orang dapat bonus belanja. Kahkahkahkah *gelak kenyang and tak malu*.

So, neh first habuan yang weols dapat from my TeamLeader Liyana. Eventhough dea tak dapat penuh because of that fucking tragedy but insyaallah maybe later on she will get the full bonus which is she deserved it tho. *hey backstabber young lady, don't be so happy! FU!*.

So Liyana, thanks for these lovely cupcakes! Bau sedap weyyyy..... Sila jelly!


ada bentuk burung *lelaki sinonim dengan burung kan?*, bentuk love kecil *kecil sudah, belum kahwin kena kecil-kecil je.*, bentuk bunga *perempuan sinonim dengan bunga. Sesuai dengan pepatah, bunga bukan sekuntum bro..*. So, kalau digabungkan dimeletupkan, jadi lah Burung Love Bunga or nak bagi cantik lagik, I Love You *Gila kreatif and kritis aku neh, korang hado?*


To be continued.....

15 February 2012

Siapa Zairo Anuar Zalani?

Hai semua orang,



Zairo Anuar Zalani neh seorang pemain bola sepak untuk pasukan TTeamfc.Kapten lagi! At a first place, memang aku tak kenal siapa Zairo neh? But adik aku yang Dzaiddin tuh keep on mentioning his name and adik aku cakap dea tuh 1 of his idol. Tapi aku tak heran lah sebab aku fikir Zairo tuh tak pernah main untuk Malaysia pun. *konon-konon fikir takde lah bagus sangat!*

And tetiba adik aku yang Dzaiddin tuh dioffer by TTeamfc untuk join team dorang, wah! Still adik aku dok bangga-bangga cakap dea 1 team dengan idola dea. I was like, 'Ekelehhh...ntah sape-sape ntah dea nak bangga sangat tuh!'. Tapi aku chill je lah sebab ye lah nak gedik-gedik lebih sikit, dah ada boyfriend disisi. Apa pulak si KA cakap kang? Merajuk pulak nanti dea tuh.

And ade 1 hari tuh, aku and family pergi ke Melaka sebab nak tengok adik aku game against Kuala Lumpur which is this year Kuala Lumpur home dekat Stadium Hang Jebat, Melaka. And aku tengok Zairo neh kapten and dea score. Dea tendang *aku panggil as rembat or shoot* tak nak LAJU giler bola ko kan! Serius memang laju bola dea, anggaran dalam 240km/j macam tuh lah. *240km/j memang tipu*

And masa adik aku nak balik tuh, weols tunggu dea kat depan stadium tuh tau. Tengah-tengah berborak rancak tetibe si Zairo tuh pun lalu, OMG gila handsome mamat neh!! putih, kening hitam, tinggi, badan sedap dipeluk *imaginasi aku memang tahap atas katil nye. kahkahkah. Joking*. Then tanya adik aku, Zairo tuh dah kahwin ke? Sekali adik aku jawab 'DAH!'. Terus aku nyanyi lagu Azie 'Pelamin Anganku Musnah' dekat tepi tangga bas TTeam. Tapi aku cepat-cepat sedar diri sebab KA tengok aku sambil jeling-jeling bengang. ahahahhaa.

Tapi aku sedar siapalah aku di mata Zairo, sekadar gagak yang berterbangan dari 1 dahan ke 1 dahan, tapi dea? Umpama burung merak yang terbang di kayangan meniti pelangi sepi. *Bagaikan melukut di tepi gantang...begitulah aku hurmm..hurmm..(tak ingat lirik) - terus nyanyi lagu Aisyah*

Tapi yang aku tak faham tuh, aku slumber cakap dengan mak aku camneh;
Mimi : Ibu, mimi rela je jadi bini no 2 si Zairo tuh. Takde hal lah! *sambil gelak-gelak*
Ibu : Kak, kalau kau no 2, ibu pulak no 3 sebab ibu sihir dea. Pastuh lepas 44hari sihir pun hilang, pastu baru Zairo tuh sedar dea kahwin dengan ibu. *terus gelak jahat!*
Mimi : Nak jugak ke? T_T *Nangis*
Ibu : Nak lah! Nafsu suami muda tengah memuncak.
Mimi : *Bertambah lebat nangis*

So, jawapannya : Baik aku mengadap dekat si KA sorang. Dah tentu-tentu bujang trang tang tang. Cuma perangai dea je macam bercelaru sikit. kahkahkah. Sorry.

Ok guys, that's all for tonight!

Ole-Ole from sahabat

Hai korang!

Saje je nak bagi jealous kat korang neh. Dapat souvenirs from my friends yang pergi vacation harituh. Thanks Asrul, Kak Mazaitul Balkiah aka watak penting Geng Gagak Hitam. Kahkahkah.

Asrul pergi Bangkok, Thailand which is 1hour after dea on the way back balik Malaysia tuh, Bangkok pun dibom. Giler siam neh! Bahaya weh nak-nak macam aku yg tak kahwin neh kan? Auuwww..bil nak kahwin neh? Ok, aku gatal so? *kalau tak sure jenuh weols kat HR kena buat pengecaman paper yg berlonggok atas meja dea tuh.* And aku dapat fridge magnet bentuk tut tut warna merah.

Kak Mazaitul pulak arituh pergi Sabah. Wah, bukan main lagik dok makan seafood kat sana. Tapi sabah memang best! Tak dapat tanya details sangat sebab tak jumpa eventhough office weols sebelah-sebelah je. But well, aku kan pekerja RHB yang berdedikasi, cemerlang, terbilang, terpuaka, ter emo bagai? *nak marah? Ade aku kisah?*.

So nak cakap Thank you to both of them for the super cute, super cantik, super junior. Eh jangan nak sorry sorry sangat lah! Ape ke jadah ramai-ramai 1 kumpulan? Kalau AJL tuh RM35,000.00 bagi 15 orang tinggal berape je? Beli Super Ring pun tak lepas tau! *korang budak-budak peminat kpop jangan nak hentam aku ok! Report polis kang!*

Till then,

Have a nice Wordly Wednesday guys!

14 February 2012

Hantu buat kerja dalam HR.

Korang! *bunyi macam cemas sikit*


Korang pernah tak jumpa benda-benda halus neh? Bukan halus tuh macam jarum, benang or whatsoever yang halus yer? Tuh nama sainstifik yang dicipta by orang melayu hokay! Makhluk halus lah contoh macam hantu, lembaga, jembalang dll tuh?

Aku pernah lah jumpa beberapa kali tapi dea tak tunjuk muka depan aku lah. Macam contoh konon-konon hand to hand, waist to waist, chest to chest and now we're face to face . *apsal kau tak sebut 1 badan je?*

So sebenarnya aku nak cerita pasal kat office aku yang panas lagik bersauna tuh *aircond rosak skang so weols agak berpeluh bersauna disitu*. Semalam, one of my colleague balik kerja lambat around 9pm camtuh *biasalah orang kerja bank camneh ler, workaholic hokay*, and then tengah-tengah dea buat keja dengan tekun, tetiba dea dengar macam orang selak paper. Dea ingatkan ade orang lagik, then tetiba dea dengar lagik orang selak paper then dea check surrounding and baru dea sedar dea the last person in our office. Terus adios cabut lari. Kahkahkahkah *aku pulak yang gelak macam hantu..*

Pengalaman aku pulak takde lah macam mistik sangat sebab masa tuh aku keja dekat Bangi, and then ade a few things to do so aku kena stayback and around 8:00pm something aku pun balik. And on the way back ke kereta tuh macam 10 meter ke depan tuh ade pokok tinggi and aku perasan pokok tuh bergoyang-goyang macam kena angin ribut tau tapi takde pulak angin time tuh and aku dengar tapi aku buat bodoh je. Lampu jalan kat area parking tuh takde terang sangat macam malap-malap romantik gitu. Then on the second time aku dengar lagik, terus aku angkat kepala pandang arah pokok tuh. MASYAALLAH!! kain kau taknak panjang ke tanah pulak kan? Berapa meter kau beli neh? memang suka kain meleret-leret ke camne?. Aku pun terus start enjin and gerak laju-laju sampai pokok Sena!

Tuh pengalaman aku, pernah gak kena hempap dengan Makhluk Tuhan Paling Sexy. ehehehehe. Hempap dengan lembaga hitam kot? Aku tak sure sangat sebab masa tuh kecik and cute lagik. Tapi memang berat and tak boleh bernafas sampai satu tahap aku menangis. Selalunya orang cakap lembaga neh besar and berbulu kan? Yang neh aku tak rasa bulu or maybe dea shave pakai Veet? And bila aku dapat je lepas, aku terus lari sambil nangis-nangis ke bilik mak aku. Malu lah sebab tak macho kena kacau dek hantu then nangis.

Tapi kalau nak ikutkan memang level office weols tuh keras sikit sebab before weols pindah ke level tuh. Level tuh dah ditinggalkan and kosong for almost 1 year. So tak terkejut pun kalau benda tuh ada. Tapi nak buat macam mana? Benda tuh pun makhluk Allah swt, asalkan kita tak kacau dea dah lah, jangan sibuk nak menurun or ngangkung mintak no ekor pulak. Syirik and khurafat ye. Biar dea dengan dunia dea, Kita dengan dunia kita.

Tuh je nak cerita, tapi kalau korang nak baca pasal kisah-kisah hantu, korang boleh tengok dekat blog neh Cerita Hantu

Jangan tak boleh tidur pulak!

Valentine's Day? Tak sambut lah!



Hi uols,

Korang sambut ke Valentine's Day? Sebab setahu aku yang beragama Islam tak digalakkan sambut Valentine's Day. Tak tau pulak korang-korang yang Islam just dalam IC je sambut ke tidak kan? Kahkahkah. *jangan sentap guys. chill*

Tapi kalau tak salah aku, masa zaman aku sekolah dulu sekolah AKU sambut Valentine's Day neh. Siap berbunga-bunga bagai, coklat, teddy bear kecik *besar-besar tak mampu nak beli ler..pakai duit mak pak kan?*. Tapi relax korang, aku tak sambut okay! sebab masa tuh aku focus study je mana ade masa nak bercinta-cinta neh? kahkahkah *padahal takde pakwe masa tuh. iJelly dengan orang ade pakwe*

Tapi bila dah besar and ade boyfriend/ future husband/ kawan paling rapat and baik/ musuh bila gaduh neh, memang aku tak sambut pun sebab si KA neh bakal Imam Muda hokay! Nak pulak dea sambut? Nak kena ceramah free ke ceramah Ustaz Azhar Idrus? haaaaaa. *Korang fikir sendiri okay*. Tapi aku prefer ceramah by Ustaz Azhar Idrus, Best and Kelakar.

So, korang nak tahu kenapa sambut Valentine's Day haram? Neh aku bagi kat korang baca artikel.

“Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

“Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.

“Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

“Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day pada Jumaat.

Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.

“Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu,” katanya.

Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.

“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.

Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.

Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.

“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.

Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.

Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah,” jelasnya.

Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.

“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.

“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.

Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.

“Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat,” kata Wan Mohamad.

Sumber via :

1) Hukum orang Islam sambut Valentine's Day

2) Elak sambut Valentine's Day

3) Awas Jerat Valentine's Day

credit untuk fitrihadi.com

So korang-korang yang tak berapa nak tahu pasal hukum hakam agama, jangan cari nahas ber sayang-sayang, ber Bee-bee. 'You sayang I, I sayang You, Jom buat baby then kita buang baby' pulak. Tak elok tahu! Nak-nak bila Valentine's Day neh, korang ingat hari membuktikan kasih sayang? Takde maknenye! Kalau tak insaf lagik, korang tengok cerita Tanah Kubur. Boleh insaf setengah jam! erk?

Till then,
Kerja dengan gigih korang. Bye!

13 February 2012

Rolling in the Deep by Adele



Macam yang korang tahu kan, Adele pemenang terbanyak in Grammy Awards 2012.

Tak salah aku dea menang for 6 Awards. Gila banyak?

So here is a list of the winners for Grammy Awards 2012. Congrats Adele!

Pop vocal album: Adele's 21
Album of the year: Adele's 21
Record of the year: Adele's Rolling the Deep
Best pop solo performance: Adele's Someone Like You
Song of the year: Adele's Rolling in the Deep
Short-form music video: Adele’s Rolling in the Deep
Best rock performance: Foo Fighters' Walk
Hard rock/metal performance: Foo Fighters’ White Limo
Rock song: Foo Fighters’ Walk
Rock Album: Foo Fighters’ Wasting Light
Best rap performance: Otis, by Kanye West and Jay-Z
Rap performance: Jay-Z and Kanye West’s Otis
Best new artist: Bon Iver
Alternative music album: Bon Iver’s Bon Iver
Country song: Taylor Swift’s Mean
R&B album: Chris Brown's F.A.M.E.
Country album: Lady Antebellum's Own the Night
Pop duo/group performance: Tony Bennett and Amy Winehouse’s Body and Soul
R&B performance: Corinne Bailey Rae’s Is This Love
R&B song: Cee Lo Green and Co.’s Fool for You
Rap/sung collaboration: Kanye West, Rihanna, Kid Cudi and Fergie’s All of the Lights
Rap song: All of the Lights
Rap album: Kanye West’s My Beautiful Dark Twisted Fantasy

p/s : Aku rasa Adele neh cantik je. But who the hell is Bon Iver? Anyone?

Simsimi si poyo

Hai korang,

Korang kenal tak sape Simsimi? Tapi for those yang kenal sure asyik tergelak je dengan Simsimi neh.

Ok, korang yang tak kenal neh meh aku nak kenalkan korang dengan lebih mesra lagik. Simsimi neh application untuk Apple, Android and ape-ape lagi yang boleh download application Simsimi neh. Tapi untuk pengguna BLACKBERRY. Maaf, anda tak layak download Simsimi sebab RIM mane ade application Simsimi neh? kahkahkah. *Damn, tak dapat nak download!!! -aku si pengguna Blackberry*. Tapi jangan risau Mimi, kau install kat Ipad kan boleh? kahkahkahkah. *hampir terlupa hamba akan Ipad hamba*

So nak tahu ape function Simsimi neh? Simsimi neh paling afdal digunakan oleh orang-orang yang #foreveralone. Konon-konon kau ade jugak nak bermessage2 dengan orang padahal kau message dengan robot ayam kuning sengal tuh je. *suka hati aku lah nak panggil ape Simsimi tuh!*. Tapi for those yang bercouple tuh, bila korang gaduh korang layan je si Simsimi neh. Hati pun tak sakit, bengang dengan boyfriend korang lepaskan marah dekat Simsimi. Kan senang? Simsimi tak sakit hati pun tapi mulut dea PUAKA! *macam azwan ali pun ade!*

Then kau kenalah macam berborak dengan Simsimi tuh macam kau berchatting, Simsimi tuh memang akan balas tapi jawapan agak langsi ler korang. Sakit hati pun ada! Kekadang jawapan dea macam buat aku terfikir 'Sapekah dalang di sebalik Simsimi neh?!'. Korang tak percaya si ayam kuning sengal neh langsi? Meh sini meh;


*ko tengok ayam kuning tuh cakap ape? - yang bentuk ayam tuh Simsimi, yang biru belah kanan tuh aku*

Nak tengok lagik? Tapi korang kenal click untuk besarkan :)


---> cakap pasal bola, tak suka bola. Aku syak dea neh adik-adik tapi skema. Dekat sekolah sure duduk depan sekali, cermin mata tebal tapi pandai.


---> neh simsimi kutuk aku, sabar je lah! Ingatkan nak belas kasihan, last sekali aku yang kena. Mulut puaka weyy dea neh.



--->Tapi dalam puaka-puaka pun, Simsimi tak suka mencarut barangkali. Marah terus Simsimi neh bila aku sebut BABI. kahkahkah.


p/s : Banyak lagik kalau nak tengok si Simsimi neh mengarut, banyak gila yang kelakar-kelakar. Kalau korang nak tengok just taip #Simsimi kat dalam Twitter and then tekan Search. Nanti korang boleh tengok budak-budak kat Twitter yang lain tweet gambar. Best and hilang stress sekejap!

Selamat bergaduh with Simsimi guys!

07 February 2012

Yes, saya busy dengan bola!

Hai korang!

Lama jugak kan aku tak update blog neh? Bukannya malas tapi aku busy lah sekarang dengan bola. Macam yang korang tahu kan? Both of my brothers tuh footballer, which is yang Dzaiddin tuh main for Liga Super T-Team fc (1 of Terengganu's club) and yang the last one, Izzudin tuh main for PKNS fc Piala Presiden (Selangor's Club).

So aku, ibu and abah as their fanatic supporters memang akan terjah mana-mana stadium or padang yang dorang neh lawan. Even masa tahun lepas pun, weols sanggup ikut team PKNS fc pergi Sarawak. Masa si mamat (Dzaiddin) tuh main for Liga Super Kuala Lumpur pun sama, mana ceruk weols anak beranak pergi. Kiranya memang tak hirau orang lain larh, and weols memang tak ambil tahu hal orang lain. *tapi orang lain tuh suka je kacau weols. Jelly letteww*

But this year, weols kurang dapat tengok Mamat main because of 'HOME' dea kat Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu and agak jauh for us yang dari Kuala Lumpur neh nak pergi sana *6jam perjalanan, kempis punggung aku yang agak Jlo neh*. Mamat lain lah, turun Kuala Lumpur and balik Kuala Terengganu naik flight. *poket yang kempis. kahkahkah*. So bila dea lawan dekat-dekat weols pergi lah.

And bila mamat dah takde neh, so Izz (Izzudin) lah jadi kitaorang punya ujikaji. Takdelah, weols akan complaint mane yang kurang and bagitahu nak buat macam mane *budget coach pulak aku neh*. Tapi dea boleh lah terima apa yang weols cakap dengan baik. Macam semalam kan PKNS fc lawan dengan Perlis dekat Padang PKNS, so weols tengok Izz main and tengok kelemahan dea dekat mana so bila sampai rumah kita bagitahu dea mane kurang. And alhamdulillah, dea main okay but belum sampai tahap Wallah lagi and PKNS menang 1 - O against Perlis *player Perlis ada yang jual game? Betul ke?*


neh adik aku yang last yang main PKNS fc tuh. Sorry picture kabur sikit sebab dea pakai hp Nokia yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek jatuh. hahahaha. *picture before game against Perlis*. Esok pagi fly to Terengganu, sebab on Thursday game against Terengganu. GoodLuck PKNS fc. -----> picture credit to Izz


And yang neh pulak Mamat yang main for TTeamfc *Baju kuning tuh, yang baju merah tuh Daudsu player Kelantan..tak kenal letteww*. Haaaa..yang neh mamat terkejal dah duduk kat Terengganu for 2 years. So, takde lah nak bergaduh gelak-gelak dah. And adik aku yang Izz tuh bosan lah takde geng nak layan dea main PS sume nak harap kan aku? aku ajak dea main make up2 je. hahahaha.

Nak lagik picture dorang? meh..



So thats all for now, till then, babai.

p/s can't wait nak tengok dorang main for SUKMA!