30 January 2012

Anugerah Juara Lagu ke 26


*taken from youtube*

Korang sure tengok kan AJL26 semalam? Takkan tak tengok kot? Ouh yes, ada jugak yang sibok tengok Novak Djokovic vs Rafael Nadal semalam kan? which is game yang berlangsung selama 5jam lebih tuh berpihak kepada Novak Djokovic. Congrats Novak!!*Mimi melaporkan untuk Nadi Arena! Kembali ke studio*

So, tak payah nak bercerita pasal tennis sangat sebab dorang suka mengerang lebih-lebih. ape kejadah? diam-diam tak boleh ke? *sebenarnya tak paham pun!*

Ok, macam korang semua tahu kan? Lagu Terbaik dimenangi by Hafiz AF yang membawakan lagu Awan Nano. My mom bukan main marah lagi lagu neh menang sebab dia cakap tak berkenan dengan rambut budak Hafiz neh. *takde kena mengenakan?*. But to be honest, he's got the best vocal ever, tak lari pon suara dea. Fyi, he's got the Best Vocal Award too so congrats once again!

Tempat ke-2 pula dimenangi oleh paduan 3 suara; Shila Amzah, Ning Baizura and Jac dengan lagu berhantu dorang Beribu Sesalan. Bagi aku, sedap suara dorang. Naik bulu-bulu yang ada tau. performance simple tapi suara WALLAH!


Tempat ke-3 pula dimenangi by Faizal Tahir dengan lagu Karma, eventho tuh bukan my favourite song tapi aku ok sahaja and nak-nak pulak muka Faizal Tahir macam muka orang sakit nak mati je? bertambah mistik aku tengok! Tapi maybe silap Faizal Tahir pergi tersalah konsep pulak? orang elemen air dea pergi bawa keluar api. Tolak 10MARKAH tahu!



Korang tanya kenapa aku dok tempek video performance si Alyah? heyy!!! suka hati aku lah! kahkahkah.. Alyah menang Best Performance Award loh! Aku suka sangat sebab ada Remy Ishak! Bukan sebab ada Along Rajalawak ok! tuh tak lawak! Remy Ishak yang handsome sampai mampus, tinggi macam pokok getah, badan sasa macam sarsi! Eh ciri-ciri lelaki Sungai Besi terakhir tuh ada lah dekat Remy Ishak tuh. *rasa macam nak cari ubat pengasih je bagi kat Remy neh* hahahahahaa.


tuh je, Maju lah music untuk memory card kita semua!

No comments: