19 December 2010

Busy weekend but im lovin' it :)

18 - 19 December 2010 memang weekend yang busy sangat. sangat busy. sibuk betol! tapi berbaloi ok! on friday night kerol otw datang to KL sebab dia ade tournament kat uniten (luv uniten!! :)) and on saturday tuh supposed dah pergi tengok kerol tapi ex jiran meninggal that morning. AlFatihah to Pakcik Khalid. semoga roh anda termasuk didalam orang-orang yang beriman. AMIN~~

then around 1pm, terus gerak to Uniten.sampai-sampai kerol tengah break. huhu. just lepak dalam kereta and i promised him that i've got a big surprise for him! and terus bagi surprise tu kat dia. at first place, he refused to take the present. tapi aku dok pakse2 baru lah dia amek! tuh pun puas kena mengeluarkan ayat-ayat yang terbaik suh dia amek tanpa rasa guilty. ceh. budget itu orang.. hehehe..thanks bcause terima hadiah saya yang tak seberapa tuh. luv you Khairul Akmal. wink* wink*

ouh tapi berbaloi gak tengok dorang bcause dorang champion ok. Uniten Cup tuh dorang punya. berbaloi berpanas berhitam kat tepi padang. terus teringat zaman-zaman belajar kat Uniten dulu. tapi kena halau keluar sebab terlampau gig sangat. haaaa. kau hado?? nasib baik time tuh dah ada diploma. alhamdulillah. kalau tak sure sekarang tengah belek-belek anggur yang mana dah masak. wkwkwkw..


* oh lupe. special thanks to my parents yang sanggup ikut kehendak anak perempuan gila dorang yang sorang neh. bapak aku sanggup pecut from Rawang to Uniten, Bangi semata-mata nak tengok menantu final hoki. wooooaaaahhhh!! terbaik! 140km/j ok! berani bawak myvi camtuh? sampai-sampai jew tros my mom and me trus pecut 100m ke toilet. sorang nak shishi. yang my mom nak terberry. effect dari cara drive bapak aku kowt. bahaya itu olaanggg. nasib baik polis. huh.



tengok gambar champion mari! ;P

15 December 2010

Rihanna - What's My Name? ft. Drake



love this song so much!

Cinta Baru.

sekarang dah ada cinta baru. huhu. sorry Khairul Akmal. anda jatuh ke tangga no 2 minggu neh. hahahaha. touching? emo? ada aku kisah? haha. lantak-lantak! merawat hati sendiri. hehehe. love my life right now because leka menggodek or membelai cinta baru ku! cantik! suke! love it! korang tak payah nak fikir lain ler. ia takde jantina pun. my baby je. huhu. sekarang nak pakai BeriHitam je. huhu. tak dapat lagik? slow lor kome neh. dah leh pegi LowYatt lah kowt. upgrade memory card ke 32GB. hahaha. beli BlackBerry lorh. tetibe taksub pulak tengok officemate pakai BB neh, tapi dia hebat sangat. BlackBerry + IPhone4. jealous sangat! hehe. IPhone4 memang terbaik! game dea best. sure En Khairul Akmal suka! ok ok mamat punya cinta baru pun sama je. huhu. jangan tukar sudah. meh tengok gambar cinta baru.


cinta baru saya. BeriHitam STORM. cinta betul saya yang kat dalam display tuh. hehehe. Khairul Akmal totap no 1 lorh.



yang cover pink tuh i punya. yang cover hitam tuh mamat punye. the same version. but i punya boleh access online. mamat punya kedekut poyo. hehe. display picture both nak tunjuk cinta hati. ahahaha


p/s : taknak citer lebih2. nati orang cakap kite berlagak poyo. meh pin BB korang. boleh kita ber BBM. HAHA

04 December 2010

Lady Antebellum - Need You Now




suka this song sangat-sangat. so enjoy yer. nak lirik? cari sendiri. hahaha

PD. macam takde tempat lain je

Port Dickson. best ke pergi PD tuh. syok larh jugak kalau pergi dengan cousin-cousin and jugak anak buah (anak cousin aku so dipanggil ape erk? anak saudara larh kan?) so selalu kalau kami pergi memang dalam 4-5 bijik kereta yang pergi and selalu nyer duduk kat Sunshine Apartment tuh. environment takde larh user friendly sangat sebab kalau nak main laut pon kena keluar from area tuh. malam-malam memang ramai orang mabuk lah. sebab pub carlsberg kat situ je. haaaa. kalau macam aku, selalu melepak dalam bilik je larh then online. tak pun tolong my cousin masak kat dapur (eventho taktau masak!) so better korang layan pictures je daripada korang layan aku. hahaha..


adik saya iz berlatarbelakangkan laut. huhu. i love this view. pantai surut time neh. kalau malam air pasang. best!


tetibe kitaorang tengok paus terdampar dekat swimming pool. wow....swimming pool pon ade paus kan? hebat!!!


anak-anak sedara and cousin. yang paling besar and comel tuh my first anak saudara. they should called me as auntie mimi but diorang panggil kak mimi je. yang laki sorang tuh panggil aku mimi sahaja! so sama baya.


sempat lagik wat benda neh. nak jugak selitkan si khairul akmal. ahhahaa...cinta hati ok.

mari kita tengok suasana dalam rumah. kecoh tau, sibuk maen PS je yang laki-laki neh.


meja makan kami yang berselerak gile. hahaha. mamat tuh budget model iklan air ape? poyo.


dua anak dara neh. gediks2 neh. hahaha. tapi kalau menyanyi memang tiptop. just pelat je hehehe.


neh adik yang last sibuk cari plug nak charge hp. kalau masuk hutan rasanya dia nangis dulu sebab tak boleh nak charge hp. ataupun dia bawak battery spare 10bijik. hahaha.


neh anak maklong aku, putih giler dia neh taw. jenis putih merah. nak lawan kaki sape lagik putih? pendam je larh perasaan tuh. memang kalah larh demo. hahahaa. belakang tuh bapak aku aka abang din bak kata si aqil (pangkat cucu bapak aku larh, tapi relax jew panggil bapak aku abang din. kelakar lorh hahaha.) nak tengok tak budak yang panggil bapak aku abang din?


neh larh budak nya. anak cousin aku aliya. dia neh segalanya bergaya. sandal pun nak quiksilver je. poyo! hehehe. hebat larh lu der...hehehe

ok larh last. penat sudah nak menaip! huhu



(line celcom neh kadang-kadang buat our relationship sucks.!)

MAHA 2010 with Khairul's family.

surprised surprised. ape lagik yang best kalau bukan berjumpa dengan kekasih hati? tapi this time lagik best sebab keluar dengan family khairul.HEBAT kan? BEST tau tak!! Besides, before this aku memang tak pernah pergi MAHA and taktau pon MAHA tuh ape sebenarnya. bukan bodoh ok. takde masa nak amek tau because of me more focus on my career. ceh! budget nak cakap career development. huh! tapi rasa macam hebat gaks sebab gile tak fikir takot pun or rasa cuak. tetibe keberanian tuh bertandang pulak. selalu nya masa first-first jumpa, tangan sejuk giler. macam takot sangat. kali neh berani betul. HEBAT AMELIA!

MAHA tuh dekat UPM Serdang, so his dad decide naik bas jer. panas berpeluh jangan cakap la. Picture semua muka messy tak boleh blah. hahaha. dah boleh jadik model iklan versi minyak masak dah. si khairul neh tak tau larh happy ke tak aku ikut. ntah larh. tak heran!! nak kenal family mung je. hahaha. tapi rindu kat khairul tuh jugaks! hehee..


then sampai-sampai best giler! ramai giler orang. jam jangan cakap larh syok. Thanks sayang cuz bawak saya pergi MAHA tuh. baby love u! meh layan piccies, asyik cerita pasal khairul je sure korang bosan!? eh, ada aku peduli??!! lantak lar..nak jugak cerita pasal dia.....hahaha.



cinta hati saya. dak temoookkk2 neh..windu windu windu. (gedik la amelia neh.)


dak temok sudah hitam, sekarang dia sunburn sebab main hoki arituh. kesian dea. belakang tuh Ijan tapi nama glamour panggil N. ahaha.


ijat or T. dia neh susah sikit nak bergambar. pemalu pon yer, nasib baik ada sekeping picture dia.


buah cempedak dekat MAHA, ambil galah tolong jolokkan ha sambung. besar betol, isi ia ntah banyak ke tak ntah? A n N.


Miwa Heemi (nama samaran FB) dengan hadiah cempedak besar. hehehe.



his siblings and cousin (budak tester tuh) neh maknenye dah penat tahap dewa.


dua orang yang giler. so pretend. hahahaa. i luv him so much.


eyka and atiqah. best sangat ngan korang TQSM. yeah!



abis sudah gambar. terima kasih kerana membaca. hahaha

02 December 2010

Straight vs Curl



Nak mintak pendapat korang, straight ke curl? bicara pasal rambut ok. bukan benda-benda yang tak sepatutnye tuh. aishh...



ok, rambut asal memang straight because ikut may dad punya gen. anak abah ok! so tetibe konon nak nampak poyo and tak nak muka nampak besar, pastue konon taknak rambut macam nampak sikit, terus buat curl. murah je buat, tapi hasil dea ok larh. takde larh rasa ralat je bayar.hehehe....

so now, bila tengok rambut dah makin panjang. and bawah jew mengerbang and frizzy macam Hantu Kak Limah Balik Rumah. terus rasa macam nak straight balek. serius. duit dah ade. weekend free. terus nak call toke kedai rambut tuh nak wat appointment. nak wat macam johana, memang tak mampu larh. RM300++ mau mak aku suh aku makan rambut 7hari 7malam.asalkan nampak natural lurus dah ler. taknak nampak macam lurus macam penyapu lidi tuh. takmo larh kan. tengok pic hantu Kak limah



Nak budget macam model iklan sunsilk pon tak mungkin ler. asalkan en khairul akmal berkenan sudah ler. hehehehe...ouh. en kerol pon sudah kasi lampu hijau. so takde dah lampu merah. hahaha. i looiiikkee rambut lurus. MUKTAMAD. nati kite dah buat, kita bagi awak tengok rambut baru kita yer. hehehe. (teringin nak pakai tudung tapi niat biar ikhlas larh Amelia)


muka burok jew. hahaha